Blogger Templates
I'M MISS NAWAL AMIRA . THANKS FOR COMING YA AND HAVE FUN. THANKS FOLLOW :))


Tuesday, 11 October 2011

Ketiak lelaki mampu menghilangkan stress wanita

Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.
Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita,dan selain itu wangian ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.
Jadi untuk yang sudah berkahwin, boleh lah menjadikan mencium ketiak suami sebagai amalan seharian supaya boleh menghilangkan stress. Mungkin betul kajian dari University Pensylvania yang bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress. Manalah tau, mampu memperbaiki hubungan  rumah tangga serta mengurangkan kes penceraian.


p/s ~ so rajin-rajin la cium ketiak bf/ laki kowg ea haha J

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. en mohd fadzlee ~ ps ny blh la so gf u cium ketiak u ble dy stress k .. haha

    ReplyDelete